Ada Yang Terketar-Ketar & Tergagap-Gagap Bila Terdengar Nama PAKAR


Wak J: BN Selangor mengorak lima tapak lagi ke hadapan bagi mendepani PRU13 yang bakal berlaku pada bila-bila masa dengan dengan kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (PAKAR).

Penubuhan PAKAR ini juga merupakan satu lagi mimpi ngeri buat kerjaan negeri Pakatan Selangor yang selama ini dilihat kurang memberi perhatian terhadap masalah atau kesusahan yang dihadapi rakyat Selangor.

Jika selama ini segala aduan atau permasalahan rakyat yang diajukan tidak dipeduli oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor. Dengan adanya PAKAR sebagai satu badan pemantau dan juga sebagai pusat sehenti untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat, sudah pasti setiap kesulitan yang di alami oleh rakyat Selangor dapat diselesaikan dengan pantas.

Sejak berita penubuhan PAKAR tersebar, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang Pemimpin Pakatan Selangor mentertawa dan memperlekeh tentang kewujudan PAKAR bagi menyembunyikan perasaan bimbang mereka.

Diharap dengan penubuhan PAKAR, BN Selangor dapat mempertingkatkan lagi mutu penyampaianya kepada rakyat terhadap segala dasar kerajaan di bawah konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.



SHAH ALAM 23 April - Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan UMNO Selangor di sini telah pun beroperasi dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626 pada bila-bila masa.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu.

"Orang ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan.

"Setiap maklumat yang diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohd Zin berkata, selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakar akan terus memainkan peranan sebagai pusat sehenti yang menjadi medium penghubung antara parti dan rakyat.

Beliau berkata selain menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan pemimpin masing-masing. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Wak tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Wak selaku pemilik blog.

Sila guna bahasa dan ayat yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan melambangkan keperibadian diri sendiri.

Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog ini di senarai blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada wak melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar dapat dipaut kembali URL blog anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bicara Politik Tanpa Henti

Rangkaian Media Sosial Wak J

Arkib Blog

Pakatan Haram (298) Corat Coret (268) Politik Malaysia (153) Parti Pas (142) Berita Semasa (131) PKR (106) Selangor (93) Skandal (77) BN (75) Anwar Jubur (68) DAPigs (66) Blog (64) Fokus (55) LIWAT (41) Felda (33) Isu Semasa (32) English Section (28) You Tube (28) Demo Lo Ni (23) PRU13 (20) Dalang (18) BERNAMA (17) BerSHIT3.0 (17) Umno (16) Najib Razak (14) Wang Besar (12) Info Sihat (11) Sukan (9) Auto CAD (8) Fitnah (8) Nasional (8) SSDE (8) DYMM Sultan Johor (7) Konspirasi (7) JERING Daily (6) Jenayah (6) Solid Works (5) Eng Section (4) Kelahiran (4) Wake UP Post (4) Agama (3) Dunia (3) Jembalang (3) Kempen (3) Nik Aziz (3) Raya (3) HBN2012 (2) Hiburan (2) Ramadhan (2) SUHAKAM (2) p (2) Merdeka (1) TMJ (1) Tun M (1)